06 Ogos 2011

Ramadhan Ya Ramadhan

macam mana nak mula eh?
setelah sekian lama aku tinggalkan ruangan belog ini.Ada yg hampir pasti kemaskini setiap hari,
ohh itu tak mengapa lah. pengikut kau orang ramai! Macam aku ni. siapa pula nak baca repekan aku?
hah. biar jadi tanda tanya ye tak.

saat aku tulis ini atau lebih tepat menaip. dah 6 Ramadhan...ya ENAM!
maknanya dah seminggu berpuasa. Life? macam biasa.
"Always Upside Down"
ada benda bagus terjadi, tak kurang juga tak berapa baik.
berita seronok, aku ada karier baru.
berhadapan warga Kota Singa lagi la nampaknya.
nak  buat macam mana kan. belajar tak tinggi.
rezeki aku lah tercampak kat company outsource ni.
duduk diamdiam dalam call centre tuh :)

saat ini termenung aku bersendirian di rumah.
terdegar alunan sepi Al-Fatihah di baca oleh imam..sudah masuk solat witir mungkin.
"Sayu...hati ini makin sayu... Rindu...hati ini makin rindu..."
entah kenapa aku teringat bait lagu raya evergreen ni, tapi versi siti nurhaliza punya.
Kenapa? entah..

Hidup ni, kadangkala kita di atas, kadangkala di bawah..
kadangkala seronok, ya banyak wang! kadangkala terduduk, sudah muflis!..
jikalau hidup ni jalan nya 'lurus' je..tanpa cabaran..
MENDATAR kan? jadi sebagai manusia.. sebagai khalifah di muka bumi ni..
Allah datangkan engkau cabaran dan dugaan agar KAU TERUS KUAT!

macam sukan motocross, tak selamanya kau atas jentera.
kadangkala kau akan jatuh bodoh jee,
takpun tersangkut dalam lumpur,
atau pun jentera jamm dalam hutan,
nak lagi best hujan pula turun.
yaa. itu nama nya cabaran!


STAND STRONG SYAFIQ!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tumbuk angin!