22 Julai 2013

Serebrum.

fikir fikir fikir.

tak habis.
tak berhenti.
terusan celaru


fikir fikir fikir

wang ringgit.
masa depan.
kerjaya.
hobi ? ehhh.


fikir fikir fikir.

ligat bekerja.
umpama mesin tembak tepat.
makin laju, lagi laju menembak !


sudahnya ?

minda tak rehat.
fizikal penat.
telinga panas.
darah naik kepala..

ARGGGGGGGHHHH !

25 Mei 2013

foto.

gegey fest 2012.


rindu kan ?


15 April 2013

Serabut.

kau tahu ?
10 001 benda dalam kepala otak aku ni.
nak senaraikan sampai tahun depan pun tak habis.
tapi 99 % mengenai duit.

aduhhh.
hamba duit.

CILAKE ! ^&%$*&^%$*$#@(*&

19 Februari 2013

Berhenti Berharap.


gadis itu berkongsi cerita sama temannya.
berbual dan meluah rasa hati.
dan terkeluar jua kenyataan.

"yes we were in the same shoes, dah terSALAH PILIH.
tapi tak boleh nak buat apa. Sangkut sebab sayang"


BANG !

diam.
terkedu.


ok tarik nafas panjang.
dalam dalam.

08 Januari 2013

Kerja Sendiri

makan gaji.
makan gaji.
makan gaji.

hidup hidup dibuli.
arahan arahan kau patuhi.
ikut perut saban hari
cukup bulan bayar kembali.

sakit kepala.
tambah hutang lagi
gadjet sana sini.
jentera tambah laju lagi.

sehari ke sehari.
minggu ke minggu.
bulan ke bulan.
tahun bertambah tahun.

nak kaya kan korporat lagi ?

Ah ! Bangsat.

18 November 2012

Seantero

Sana sini

Cerita perihal bumi berdarah kembali,
anak kecil, wanita dan si tua terbunuh diratapi,
pejuang mati, pengganas dinamai


Sana sini

seantero protes demo dan suara,
kuning hitam putih tak kira bangsa,
suara kemanusiaan terpekik disatu


Sana sini

Pak menteri, pengarah ceo, si tauke minyak, pemodal terbesar,
curut berasap, berwap jakuzi sambil muzik dinikmati,
Dunia bergolak ? tak ambil peduli
strategi tambah kaya disusun kembali

12 November 2012

Tersungkur Nikmat.

leka dibuai gelak tawa.
hati dan jiwa kelam.
kadangkala kosong seolah tak bernyawa.

salah langkah,
silap percaturan.

dosa menjadi permainan...

dan pabila tersedar.
sesalan yang tak berguna.
digenangi air mata.

ulang sekali.
ulang dua kali.
dan terus berulang.


baca : bangun dan terus hidup.