30 Januari 2012

Hujan Dan Mentari

Hujan. basah, sejuk.
Mentari. kering, panas.

biarkan seketika.
tarik nafas dalam dan panjang.

bila adanya mentari...
sang manusia akan tersenyum.
"bagus cuaca hari ni :) boleh buat banyak aktiviti"
"Eh! panasnya hitam kulit aku"
"huh. gila ah peluh dia, macam main bola 90 minit!"


bila datang hujan...
sang manusia ada yang mengeluh.
"ah hujan pula. nak keluar pun susah. trafik sesak! hmmm"
"habis la basah baju mahal aku ni. ishhh"
"hujan rahmat, turun membasahi Bumi yang sedia kontang.. :)"

manusia itu kejadiannya..
TAK PERNAH PUAS!
datang mentari mengeluh, walau ada yang tersenyum.
datang si hujan juga mengeluh, namun masih ada yang tersenyum.

hai manusia sebaik kejadian.
ketahuilah kamu setiap perkara yang berlaku.
ada sebabnya.
YA!
ada sebabnya.

senyum.

1 ulasan:

tumbuk angin!