28 Februari 2012

Sesuatu Yang Tertinggal.

Dewasa ini.
semuanya tak keruan.

mahu kejar pengaruh dan sokongan,
mahu kejar wang dan kuasa,
mahu kejar kepentingan sendiri,
demi harta yang tak berkesudahan !


Dewasa ini.
semuanya tak keruan.

mahu komposisi lagu dan bermuzik,
mahu tulis cerpen dan sebar ideologi,
mahu arah filem demi seni,
tapi bila keuntungan melebihi jangkaan..
mata dikaburi wang ringgit !


Dewasa ini.
semuanya tak keruan.

mahu keluar dari rumah yang sempit,
mahu melepaskan segala tekanan yang menyiksa,
mahu berhibur dan lupa segala,
dan akhirnya..
kau didorong khayal indah diserta cecair syaitan !


kenapa boleh jadi begitu ?
mana hilang janji yang pernah kau lafazkan.
ketika saat nyawa mahu ditiup ke jasad.

kenapa kau hilang arah dan pedoman ?
mana hilang didikan yang diberi sejak kau kecil.
ketika saat kau masih menerima segala.


jawapannya hanya satu.

cari kembali di mana Pegangan kau !
demi kembali di jalan yang lurus,
yang diredhai Maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tumbuk angin!