30 Julai 2012

Rintik Hujan.

hujan

di kala malam sepi.
di tengah hari terik mentari.
di saat suka ria di tengah metropolis.
juga awal pagi sebelum manusia bertukar robotik.


hujan.

bila ia turun semua bertempiaran lari.
yang bermotokar gegak gempita gundah terperangkap.
yang bermotor kesejukan di bawah jejambat.
yang di rumah berselimut tebal lena diulit sang bidadari..



hujan.

mengapa mahu lari ?
mengapa mahu gundah gulana ?
mengapa mahu peluk tebuh dan gigil sepi ?



Rintik hujan itu perlu dinikmati.
Ayuh aku tarik tangan kamu semua !
Mari kita berdansa dalam rintik hujan..
menangis, menjerit, ketawa atau apa saja.

kerna suara mu akan ditenggelami rintik hujan.
Tiada siapa yang akan peduli.
bahagia bukan ?

2 ulasan:

  1. orang takkan tahu keindahan hujan kerna pemikiran yang sudah terikat bahawa hujan itu menyusahkan tetapi setiap rintik hujan itu ada kisah disebaliknya

    BalasPadam
  2. hujan,
    setiap titik mmbawa seribu rasa dan cerita.

    BalasPadam

tumbuk angin!