29 Mei 2010

Kau Harus Tahu

Kau Harus Tahu.

Dan kau perlu faham
seorang Lelaki tak patut dipersalahkan.
Atas kejujurannya menjadi diri sendiri
Ianya lebih bagus dari berpura-pura
atau menjadi orang lain, bukan?

Kau Harus Tahu.

Dan kau tak perlu
mengharap atas sesuatu yang aku tak ada.
mengharap untuk aku tunduk pada kau.
mengharap aku kasihan pada kau,
bila kau cuba jadi bodoh, mahu bunuh diri
kerana mahu perhatian aku. semula?

Kau Harus Tahu.

Dan aku bukanlah seperti yang kau cari.
aku tak punya sejumlah wang.
aku tak punya kereta mewah.
aku juga tak punya segulung ijazah.

Kau Harus Tahu.

walaupun aku serba kekurangan.
walaupun aku tak ada apa yang 'orang lain ada'

Aku Ada Sesuatu Yang Aku Boleh Banggakan!
walaupun sebenarnya
kau tak pernah kisah.

dan ianya hanya berkisar tentang
Semangat Untuk Terus Hidup.

Bangkit dan Lawan!

untuk sesuap nasi.
untuk masa depan yang lebih cerah.
untuk keluarga.
juga rakan taulan.

6 ulasan:

  1. cuba lu bagi tau bait bait lagu ni empunya band apa?..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. nice one weh. thanks for the advice :)

    BalasPadam
  4. nyatanya, bukan aku sahaja yang rasa perkara sama,
    tapi kalau kau belajar,
    kalau kau tahu,
    kalau kau 'nafas' aku,
    kau akan rasa.

    sememangnya hidup kita lain-lain.

    BalasPadam
  5. AKU tros smangat lepas baca ni... sbb aku tgh down habis

    BalasPadam
  6. stiff - band pejadah. berlegar2 kat otak. gua taip jelaaa.

    jaja - kita satu family kan. :D

    aisya - setuju. tapi aku tak rasa lg kot?

    ereen - chill lah. mmg musim down kot skg nie...

    BalasPadam

tumbuk angin!