17 Ogos 2010

Sampai Sini Sahaja.

aku nak cerita,
peduli apa korang suka ke tak.
haha.
lepas sahur pagi tadi.
secara rasmi aku undur diri dari Revolution Skate Magazine


sedikit rumusan:-
aku bebal time study kat ilp (Multimedia), jadi bila Latihan Industri makin dekat,
di kala semua orang sibuk cari company untuk praktikal. AKU BUAT TAK TAHU.
dari situ aku kenal diri aku,
ikut kepala batu sendiri dan akan hanya buat apa yg aku minat!
dipendekkan cerita.

dari satu call kepada Am Cher - Eliss Hero - Adam Ismail.
ianya hanyalah terjadi pada hari terakhir, sebelum aku patut mulakan praktikal!.
bermula dari itu, assignment pertama -pro setup Affad Klang.
-shop review District Gallery (yg memperkenalkan aku dgn PHBKLK, minat pada Motardo).
-interview skater sana-sini, hantar magazine sana-sini (dah mcm despatch!)
-kutip cheque kat butik pun ada! kat sini situasi dia adalah lebih pada tolong big boss.
sebab Revo takde pejabat rasmi mcm publication lain, jadi aku kena terima apa saja tugas untuk
melengkapkan buku laporan Latihan Industri tu.
-moment paling seronok, Assigment terakhir aku untuk lengkapkan buku laporan adalah,
Terror Live In Malaysia 2009! hari raya ke-10 tahun lepas. dengan bantuan Lan KJ.
kami interview Terror. memang gila!
lantak lah korang nak kata apa.
perasaan tu aku je yg rasa. hahaha.





ok selepas tu aku dapat rasa duduk kat kerusi Skate Editor jap.
walaupun satu isu je. #102 (cover miran)

kemudian skop tugas aku dikecilkan.
aku hanya handle music section, hanya 4 page.
interview band, juga review gig.
banyak event, gig. konsert yg aku hadir guna Media Pass sebagai wakil Revo
tapi yg publish kat Revo boleh kira dengan jari jek.
selalu masalah miscommunication, yg jadi penghalang.
tapi ada jugak yg aku sendiri have fun gila babeng dengan kawan2 kat sesuatu event!
sampai snap gambar pun tah apa-apa, nak report lagi lah.

dan sekarang.
aku berundur sebab beban kerja.
kadang-kadang stayback sampai dekat tengah malam.
walaupun buat masa ni aku kerja as data entry clerk je.
jadinya,
kualiti kerja aku kat Revo makin drop.
interview band buat last minute.
sampai selalu pening nak cari band apa.
report gig/event pun dan-dan je.

jadi keputusan aku untuk berundur adalah sebab kualiti kerja aku sendiri.
mungkin lepas ni,
jika diperlukan (kalau lah)
boleh la sumbang artikel picisan kot.

inside #105. shai hulud
dan thy regiment :-
khas untuk rakan


siapa yg membeli dan membaca Revolution Skate Magazine,
harap teruskan sokongan korang.
malaysia takde mag lain dah yg publish pasal scene Skate kat malaysia.
kalau webzine macam Skate-Malaysia
adalah.
untuk majalah memang takde.
shifty pun dah rip.
walaupun banyak gambar dari cerita,
tapi itulah dia.

P/s: lepas ni kalau gig. ta payah bawak slr! yahoooo. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tumbuk angin!