02 September 2010

Awak.

Awak.Awak.
Ingat lagi tak?

Pertama kali kita bual di alam maya,
Awak ajak saya panjat bukit,
mahu lihat terbit mentari cadangnya,
tapi sudahnya tak jadi.

Awak.Awak.
Ingat lagi tak?

Masa saya habis kerja,
Terus datang ambil awak.
Awak ajak saya makan Italian Food.
Saya segan.
Sebab tak tahu nak pesan apa.


Masa menonton Mantra,
Awak keluarkan selendang.
Yang akhirnya,
Saya TARIK!
Sebab saya tak tahan sejuk..


Awak.Awak.
Ingat lagi tak?

Saat di pantai itu.
Dalam batu itu.
Hempas ombak jadi muzik,
Saat itu, saya cerita macam-macam pada awak


Awak desak saya turun ke laut,
Tapi.Tapi.
Saya DEGIL!
Bukan takut laut,
Cuma saya tak ada persalinan lain..


Dalam hujan itu,
Awak tarik tangan saya,
Letak atas kepala awak.

*senyum.

Saya suka sangat masa tu..

Awak.Awak.
Ingat lagi tak?

Ahad itu, saya rehat-rehat saja di rumah.
Tiba-tiba awak panggil saya,
Ajak berbuka di luar.
Saya terkesan, saat awak sebut
“kalau kita tak jumpa hari ni, kita takkan jumpa sampai bila-bila”.


Saya terus kemaskan diri,
Pesan pada mak,
Keluar sekejap, mungkin berbuka di luar.


Menuju ke rumah awak,
Dengan emosi yg bercampur-campur.
TAPI!
Saya ingat lagi,
Saat awak datang hampiri saya,
Saya dah tersenyum.
Awak berbeza. Awak Chantek.
Tapi, awak rendah diri.
Bersangka saya gelakkan awak.


Kita ke ibu-kota dengan kereta kecil awak.
Hantar buku awak,
Kemudian, berbuka di restoran tengah bandaraya.
Awak tidur manja di bahu saya,
Saat saya selak dan baca buku puisi.
Awak kata,
Saya tak reti baca dengan intonasi sebetulnya!

Awak.Awak.
Ingat lagi tak?

Malam itu juga.
Saya mesej-mesej ringkas dengan kawan awak.
Kemudian, kawan awak kata.
“maaf, ada salah faham. Nanti dia panggil kau, jelas semuanya”


Awak panggil saya.
Jelas dan halusi semuanya.
Awak salahkan diri awak.
Awak terus hampiri konklusi dengan satu penyelesaian.
Mendadak.

***

Selepas beberapa ketika,
Awak tulis puisi.
Letak di belog awak.
Saya baca perlahan,
Saya hayati.


*sebak.


Bila awak lihat belog saya,
Mesti awak ingat saya seolah tiada perasaan.
Saya kemaskini belog saya dengan,
Video klip, mati seorang,
Juga kasut yg saya baru beli..


Tapi,
Awak takan tahu.
awak takkan faham.
apa yg terkandung dalam hati saya.


Saat saya sebak, sedih.
Ingat segalanya tentang awak.
Saya akan bangun!
Pasang seleksi irama-irama keras,
“Teras Keras Lelaki Gagah”.
Mana saya boleh sedih.
saya LELAKI.
Inilah ego saya.


Untuk awak,
Saat entri ini ditulis,
Awak semakin menghampiri,
“Hari Jadi-Jadian Awak”
Selamat ulang tahun awak.

Terima kasih walaupun hanya sebagai seorang rakan baik,
Awak dah buat saya senyum,
Walau ia hanya seketika.


Noktah

23 ulasan:

  1. wow..
    mat tersentuh cerita kau nie.
    nie rekaan or kisah bnr kau?
    hehehe

    BalasPadam
  2. saya ingat lagi.
    takkan pernah lupa.



    :)

    BalasPadam
  3. syafiq.dalam hati ini.tuhan saja yang tahu.tapi takde pilihan walaupun sukar.=).percaya nanti satu hari pasti akan jumpa yang lain.yang boleh buat kau hepy dan lupa segala galanya..kau jaga diri.

    BalasPadam
  4. Syafiq, ingat lagi secebis puisi gua yang ini?

    "Bangkit, jika terlena.
    Dan aku pasti akan ada,
    saat kalian terluka,
    saat kalian terseksa,
    saat kalian berduka.
    Bahu aku ada,
    telinga aku ada,
    jiwa dan raga aku ada.
    Sedia untuk mengubati segala.
    Kerna setiap sukarnya masa yang kalian rasa,
    jiwa aku sedia berjasa."

    :)

    BalasPadam
  5. sedih sgt ni kenapa?
    i dah la tgh sedih ni.
    bonus i sorg je tercicir.
    waaaaa.

    nice puisi btw.
    :)

    BalasPadam
  6. sangat sangat tersentuh entri ni.
    suka sangat. luahan dan rasa dari hati sendiri. tahniah :)

    BalasPadam
  7. saya dah tak ingat..ehh tetiba =_=
    nice nice nice *clap*

    BalasPadam
  8. dude,
    cari from autumn to ashes.
    sesuai emosi macam ni sekarang

    BalasPadam
  9. weh..sedih kot bace nihh..jgn sedih yep!

    BalasPadam
  10. AYATTTTT MENGUNDANGGG JIWAAAAA WEHHH arghh aku jiwa kaco dah!

    BalasPadam
  11. sayang kau.dan itu aku selamanya.takkan berubah.

    BalasPadam
  12. salam..

    tersentuh hati bila baca ayat2 dalam entry ni.

    p/s: lama nya dah tak datang blog ni.. jemput dtg blog anne boleyn balik kay.. :)

    BalasPadam
  13. terima kaseh semua.
    aku tak tau nak kata apa dah.
    luahan seikhlas mungkin je.

    BalasPadam

tumbuk angin!