11 November 2010

Hikayat Orang Kecil

Kita orang kecil,
dibuli, dicaci, diperguna
Oleh orang atas-atasan.
Tapi.
Kita orang kecil,
Buat tak tahu saja.
Sebab mana mungkin sesuap nasi
Diperoleh tanpa itu semua.

Marhaen itu,
Selalu menangis di jalanan.
Akan tetapi,
Tiada siapa yg mahu berhenti,
Menghulur simpati.

Mana kau Pak Menteri?
Mana kau Juara Rakyat?
Mana kau konon Berhati Rakyat?

babi kau orang,
guna kami tambah undi kau.
guna kami tambah kuat parti kau.

ah. Sialan!

5 ulasan:

  1. cantik dah ni syafiq,
    kalau mahu rasa puisi-puisi genre macam kau tulis ni, cuba cari widji tukul. puisi dia cantik. politikal!

    ni satu yang paling aku minat;

    Peringatan

    Jika rakyat pergi,
    Ketika penguasa pidato,
    Kita harus hati-hati,
    Barangkali mereka putus asa,
    Kalau rakyat bersembunyi,
    Dan berbisik-bisik,
    Ketika membicarakan masalahnya sendiri,
    Penguasa harus waspada dan belajar mendengar,
    Bila rakyat berani mengeluh,
    Itu artinya sudah gawat,
    Dan bila omongan penguasa,
    Tidak boleh dibantah,
    Kebenaran pasti terancam,
    Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
    Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan,
    Dituduh subversif dan mengganggu keamanan,
    Maka hanya ada satu kata: lawan!

    BalasPadam
  2. Tumbuk angin! Aku orang kecil, komen aku pun kecil.

    'Tulisan kau luas, dan dalam. Tulisan orang berilmu.'

    Masyarakat kita masyarakat subaltern. Yang melawan, tapi dengan halus. Macam puisi kau. Melawan, tapi halus.

    :)

    BalasPadam
  3. ahhhh.aku benci politik.jadi biarkan saja mereka dgn mainan politik najis mereka.

    BalasPadam
  4. aku suka yang ini.

    tak straight forward tapi aku dapat mesej dia :) Like.

    BalasPadam

tumbuk angin!