30 Disember 2010

Entri Terakhir Kalendar Masihi 2010.

rasanya aku lebih banyak membaca belog orang dari menulis di jebatxdurhaka ini.
dan untuk entri yg terakhir Dua Kosong Sepuluh ini,
aku mahu rumuskan sahaja tentang diri aku sepanjang dalam kiraan hampir 365 hari tahun masihi ini.
berapa banyak INI lah sial?
maaf sedikit kasar, dan yg kenal aku di alam realiti.
kalian pasti tahu aku bukan sahaja seorang yg kasar, malah Kurang Ajar.
boleh jadi ini entri terpanjang sepanjang tahun ini!
hahahaha.
dan aku juga tahu takkan ada orang nak habiskan baca semuanya.
boleh jadi takde langsung siapa nak baca!
abai dan pedulikan.
aku hanya mahu taip sepanjang-panjangnya.
ohh! sebelum terlupa, entri ni juga ditaip saat kelab kesayangan aku beraksi menentang Wolves.
come on LIVERPOOL! tadi SKUAD MALAYA dah berjaya.
jadi kau orang pun mesti menang untuk sambung sorakan + lompatan ala monyet aku. :p

satu *Januari.
-mula dengan jayanya. tanpa sebarang azam, aku mula langkahan ke 2010 tanpa apa-apa azam dan sasaran.
dalam kepala aku hanya fikir, aku mahu lalui tahun ini dengan jayanya. Detik 12 malam tahun baru meriah di sambut di daerah tak berbintang bersama beberapa orang sahabat baru yg aku hanya mahu gelar 'rakan-rakan groupie' walaupun aku tahu maksud perkataan itu seringkali negatif, tapi sebenarnya mereka adalah kawan hidup mati aku! walaupun berbilang bangsa, jantina dan agama. Aku percaya kami mampu untuk kekal bersahabat hingga akhir usia.Dan mula tahun 2010 juga tanpa 'teman' di sisi. sebab hati aku sudah terlalu Angkuh dan Keras untuk menerima kehadiran seorang perempuan yg istimewa.

dua *Februari.
-aku mula terima tanggungjawab baru. Mula dinaikkan pangkat dari seorang jurufoto/penulis bebas di sebuah majalah sukan ekstrim tempatan, ke pangkat Editor Majalah. aku teruja, dan melakukan tugas-tugas aku dengan penuh dedikasi. Malang bagi aku, pendapatan hanya 1k yg dijanji apabila keluar isu baru nampaknya 'dijanji melayukan'. dan aku mula melupakan tugas-tugas penuh dedikasi, menangkap gambar penuh teruja atau menulis tangkap muat. Sebab aku mula berfikir, bukan ini yg aku cari. Aku perlu pendapatan bulanan yg tetap!

tiga *Mac.
-mula sudah tugas aku sebagai, Kerani Data Masukan.dan nampaknya waktu kerja 'special' untuk aku sahaja. sebab aku jual nama Revolution Skateboarding! ya. aku mengaku yg kerja-kerja luar sebagai jurufoto bebas akan hanya berlaku pada hujung minggu.Jika tidak, masa aku hanya dihabiskan dengan melepak penuh gaya (atau selekeh) menghabiskan masa dan wang pada meja judi...Eh! silap meja makan dan minum. hahaha. dan aku juga mula pasang niat, mahu dapatkan Jentera Belalang itu.

empat *April.
-sudah sebulan berkerja tetap. Semakin rapat hubungan dengan Rakan-Rakan Groupie. Hingga salah seorang dari mereka yg berjantina sejenis dengan aku. Dah jadi pendengar setia aku. kami bertukar cerita sedih dan gembira yg takkan mungkin aku dapat kongsi dengan orang lain. Nah kau! rare kan kawan lelaki nak jadi rapat gila, biasanya perempuan aje. kan? kan?

lima *Mei.
-tak banyak yg aku ingat pasal bulan mei. Cuma, aku punya komitmen pada kerja makin berkurang!
suka hati nak datang, suka hati nak ponteng, suka hati nak balik awal, suka hati nak masuk lambat!
aku buat macam office bapak aku yg punya Acorn Marketing tu. sebabnya adalah, kau kerja teruk-teruk pun, kau akan hanya dapat bayaran maksimum RM5 sejam. padahal kat company lain, kau buat benda yg sama, tapi kau akan dapat dua kali ganda beb!

enam *Jun.
-tak ingat sangat. tapi masa aku taip entri pasal Go Skate Day 21 Jun kat belog ni, aku tak jadi main skate kat skatepark shah alam pun! hahahahaha. Lu Kena Beb!

tujuh *Julai.
-sama juga. tak ingat sangat. Cuma, bulan tahun adalah ulangtahun pertama aku hidup bersendirian tanpa teman. Dan sangat babi aku sedih bila tengok blog ex aku yg update pasal ulangtahun pertama dengan bf dia. walaupun kami sekejap je, aku rasa itu yg buat aku ingat Si Dia sangat. sebab aku tak sempat nak lalui susah senang hidup dengan dia. ohh yes, setiap hubungan yg aku lalui, selalunya aku akan ambil serius.dan apadehal bro? tak payah ada gf lah. Hidup kawan ramai lagi riang-ria kan? kan?
"semua lelaki, lonely soldier boyyyy. katakan pada dunia, lonely soldier boy. cahaya mentari kan datang kembali. waoooww waoowww - Noh Hujan"
blah ah kau noh! nak kahwin dengan kakak aku pulak tu. hahahaha

lapan *Ogos.
-oleh sebab dulu di sekolah aku adalah top scorer bagi subjek Sejarah, bulan ogos adalah bulan yg penting. tapi nampaknya, sebab aku makin 'into' Punk. Aku mula kaji sejarah, aku mula cari sumber bacaan alternatif. dan hasilnya, walaupun aku bukan seorang punker tegar dengan jaket kulit berstud, jeans ketat penuh zip, dan rambut balung ayam terpacak. tapi aku ada boots doc marten. hahahaha. aku dah mula tak patrioritik, aku mula anti golongan 'Ketuanan Melayu' melampau, aku mula benci golongan kerajaan (eh! yg ni dah lama), dan paling ketara aku tak rasa bangga dengan Jalur Gemilang dah. Aku juga sudah tidak mempertahankan nama Melayu jika nama itu dihina, oleh kerana nama itu dihina atas perilaku tuan empunya nama Melayu itu sendiri. sebab Islam itu sendiri berkembang setelah sistem Puak dan Kabilah dihapuskan! nampak tak? jika Islam itu gemilang sudah pasti bangsa itu akan berjaya.
-bulan Puasa! hehehe. sehari sebelum mula puasa, makan banyak tak ingat kot. then mula ramadhan, aku rasa paling enjoi baca diari puasa ijamhc.blogspot.com dan juga paling tak boleh blah. banyak kali berbuka puasa kat ofis. walaupun kalau tak silap aku, empat hari aku ponteng puasa! dan yes, tahun ini aku gagal untuk tarawih. masin mulut abah, dia kata masa hari pertama terawih "mula-mula kau tak pergi dah, lepas ni memang langsung tak laaa.."


sembilan *September
-dah puasa apa lagi nak? raya laaaa. tahun ni punya raya memang aku tak beli apa. sedih gila beb, masa ada salah seorang kawan perempuan tanya pasal preparation raya. Bukan nak kedekut ke apa, tapi aku hanya fikir nak beli sepasang baju melayu yg baru. Tapi haram tak sempat nak beli pun. tapi yg sebenarnya aku kedekut saving gila sebab aku dah nampak bayang-bayang 'Jentera Belalang' aku tunggang dengan penuh macho. hahaha.dan seperti biasa, aku tak ikut trip ke kampung pada petang raya pertama. dan sedih gila, kawan-kawan yg ada lepak rumah aku masa raya tahun lepas semua dah hilang! sibuk dengan life masing-masing. hasilnya? cirit birit hari-hari mkn nasi impit sama rendang ayam kering dengan kuah lodeh. apa nak buat beb! kedai makan takde yg buka dan aku memang totally pemalas untuk masak bila tinggal sorang-sorang.

sepuluh *Oktober.
-aku makin girang lepas masuk gaji. nampaknya pengorbanan aku beraya tanpa baju melayu baru dan cirit birit dah mula nampak hasil. akaun harimau dah berkepuk! meronta minta dikeluarkan untuk deposit
'Jentera Belalang' dan yes! tanggal 12 Oktober adalah hari bersejarah apabila buat pertama kalinya aku memiliki harta kedua selepas kamera, iaitu Jentera Belalang : Kawasaki KLX 150s. keluar kedai je teruja terus bawak pergi Hakinamotox dekat Bt Cave. apa barang standard bro! hahaha. gila ah. rasa tinggi gila scrambler ni, walaupun nampak kecik. berhenti trafik light semua orang tengok! gila macho sial. :) ya, saat ini jugak, aku mula berkenalan dan berbaik dengan seseorang dari Silver State. dan hanya bertahan selama Dua Minggu sebelum semuanya kembali dingin. dan aku seperti seorang lelaki bodoh dan hodoh yg dambakan seorang perempuan yg sangat chantek. dan yes, aku rasa sangat hina diperlakukan sedemikian, dan kemuncaknya, sehari sebelum raya haji. aku give up. aku mula buat tak tahu dekat dia, dan aku balik semula pada life aku yg asal. ohh lupa. sebab teruja dengan belalang, aku mula malas kerja, hari-hari gila nak ride, nak modified apa semua. Sampai aku 'berhenti kerja'. pasang niat mahu rest sebulan.

sebelas *November.
-aku tak dapat nak rehat sebulan pun! aku terus mula kerja di ttdi. kerja as customer service kat sebuah call centre telecomm provider dari negara singa. dan aku rasa tak mahu cerita pasal Arwah Iejam. rest in peace bro! rindu kau. Al-fatihah......
-buat pertama kali aku jejak kota singa sebab nak tengok Hatebreed! dalam 48jam je keluar masuk kota singa. hatebreed was kicking ass yawwwww! cuma aku rasa organizer malaysia boleh buat lagi bagus dari mereka kat sana, plus tak ramai orang datang pun. sebab dengar rumours meraka sangat sombong!
-dan di Vads, in training memang aku gagal. sebab gila suasana mcm belajar kat kelas. mana aku tak main-main! hahahaha. tapi aku janji pada trainer aku, semuanya akan berubah bila aku keluar dan answer call.
-satu yg sangat best adalah apabila aku jumpa balik seoarang kawan lama yg aku simpan minat pada dia terlalu lama. dan sangat tak sangka plus terharu yg bila aku buka kisah lama, yg aku kata aku minat pada dia sejak dulu, dan dia beritahu benda sama! cuma, weh! dia perempuan, takkan nak mula dulu kan? kan? dan yes. dalam tempoh singkat kami rapat semula. dan aku nampak masa depan aku dengan dia. i love you so much shorty!

dua belas *Disember.
-aku kata dan aku buat! aku boleh answer call in english dengan jayanya. tapi aku mula tak tahan. as i mention it earlier, aku Kurang Ajar. jadi aku tak boleh tahan dimarah dan dimaki dalam english dan aku tak boleh nak balas walau sikit pun! fakkk sial. seperti biasa, bila persekitaran kerja tak menggembirakan aku, aku mula dengan sendiri buat hal. selalu masuk lewat, ponteng kerja. dan klimaknya hari tuh, jumpa kawan yg dah mia awal. dan bila tahu gaji dah masuk, aku pun blah macam tu aje! lagi pun aku ada byk plan super best untuk menghabiskan tempoh sebulan sebelum menjelang 2011. dan banyak yg aku tak dapat buat sebab jadual kerja yg tak mengizinkan.

konklusi 2010.
-terlalu banyak yg berlaku sepanjang tahun ni. suka,duka, pahit , manis. semua aku dah lalui. cuma aku harap ini bukan tahun terakhir untuk aku bernafas di muka Bumi ini. banyak lagi benda yg aku tak capai dan aku mahu panjatkan doa ini pada Allah supaya panjangkan umur aku lagi. dan aku berani cakap, 2011 akan jadi tahun gemilang aku, sebab aku dah jumpa bakal isteri aku. serius cakap, aku sayang dia sangat dan tak sabar untuk kenalkan dia kat mak aku. dia menolak sebab belum bersedia. dan karangan panjang di atas hanyalah secebis rumusan tahun 2010 ini. banyak lagi beb! tapi aku tak larat dah.

Selamat Tinggal Dua Kosong Sepuluh
Selamat Datang Dua Kosong Sebelas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tumbuk angin!