22 September 2010

Get Your Life Back!

Entri paling panjang. Kau layan jek.

Cereka hikayat kenal alam maya, proses kenal mengenal (baca : mengawan!) First date, aktiviti, habis masa bersama,‘Terbang-terbang ke awangan’ Makin rapat, berkongsi, tukar, jana idea- ah! Bahagia , seronok-seronok-Ah! (lagi) terjerat ke perangkap segi-tiga, kemudian emosi sana-sini sikit. Hikmahnya kenapa aku selalu biar ia jadi ‘tergantung’ bila ditanya atas status apa. Sudahnya.. macam yg lepas-lepas juga. Terbatas atas dasar kawan atau sahabat sahaja.

Dan itu juga rasanya mengapa aku punyai rakan-rakan dari kaum Hawa yg ‘tenggelam-timbul’. Sampai bertahun pun ada. Biarlah, sebab kau orang pun tahu hakikat. Bercinta atau bercouple bagai nak rak pun, belum tentu itu jodoh kau!Dan masa itu memang. Semunya kau nampak indah, macam alam takde mati! Tanpa kau sedar, sikit demi sikit kau dah tinggalkan rutin harian.Lepak dengan kawan ke, beriadah ke, atau kerja separuh mati macam robot (walaupun di bayar ciput oleh sang kapitalis!) paling teruk, kau tak sedar dah belakangkan mak-bapak kau dalam banyak benda. Pegh! Penangan sang Chenta. Hebat bukan?

Tapi tak aku nafikan. Dia lain dari yang lepas-lepas. Apa dia? Memang kau orang takkan tahu la! (sayang awak! Betul ni.)

Hampir dua minggu Syawal,dah mula kerja. Rutin sebelum datang bulan puasa pun dah tunjuk taring! Haha. Tapi kan, harap (sangat-sangat) ‘sesuatu’ yg aku dah mulakan dalam bulan lepas (Ramadhan) aku teruskan. Supaya lepas ni, kalau ombak besar mana pun datang, aku tak akan rasa kosong. Sebab aku percaya kita punya Lima kali sehari. Benda mudah macam ni yg kita selalu ‘buat-buat lupa’ sebab tu jahanam hidup beb!

Sekarang. Aku cari hidup aku yang dulu, tak payah nak fikir tentang banyak sangat perkara. Sampai otak kau tak mahu rehat untuk tidur! Hanya mahu Nikmati hidup ini.Aku mahu lalui hidup yg mudah (harapnya) , rancang sesuatu untuk esok dan lusa.

Bahan bacaan yg menuntut kau ke arah Revolusi, Penentangan,Idea-idea Kiri, Sosialis, Hak Asasi, Liberal, Sains dan Logik Akal. Apa lagi? Moga ianya hanya membuka mata aku untuk Berfikir dan bukan jadi Melayu yang biasa. ada la sikit reaksi agresif, kesan dari apa yg di baca. Harap tak keterlaluan la kan?. Sebab rasanya aku dah mula dari tingkatan 3,4 dulu.Cuma aku bukan jenis yang berfesyen untuk tunjuk ‘rebel’ aku. Poyo! Hahaha.

eh! sebelum lupa. nak cakap sikit ah kan. aku masih setia di belakang Liverpool, walau apa pun yg jadi. yeaghh! YNWA.

p/s: credit maxis dah luput berapa hari entah, wgf4030 pulak dah kurang sihat jek,encik P1wimax sms mintak hutang! Chill like a chillies yaw! Ugh.

4 ulasan:

  1. thumbs up la syafiq.aku kutip smngt kau ltk dlm otak aku jugak.;)

    BalasPadam
  2. yeah. aku setuju dengan kau. kita hardcore bukan sekadar music! tapi ethics yang kita pengang dan amalkan. pedulilah apa orang kata!
    xxx

    BalasPadam
  3. bagus kau nie. haha fashion victim tu sume :)

    BalasPadam
  4. bagus.
    tiang mesti mau duk jaga.





    thumbs up!

    BalasPadam

tumbuk angin!