26 September 2010

Kurang Dari 6, Maknanya Adalah 5.

Serius tak tipu.Aku perlu daya "kebajet Hot-an" yang sangat tinggi untuk entri sebegini rupa.benda macam ni adalah sangat biasa bila kau masuk blog gades yg suka cerita pasal life dia orang.lelaki sangat kurang buat macam ni. biasa topik serius sikit kan.tapi apa de hal beb! nak serius sangat buat apa? dah kau relax. chill ok


5 perkara bila aku bangun pagi.
   *cari jam tangan, lihat jam berapa. Kemudian tutup muka dengan bantal, tambah 10min! (ok ni tipu mata tak boleh lena bila dah terjaga sebab risau terlajak! betul?)
  * cari botol air. minum air putih dengan lahapnya.
  * lari masuk bilik air, buang air kecil macam tangki air bocor.
  * senyum kat cermin, kata kat diri sendiri."hari ini pasti seronok!" walaupun selalunya tak.
  * keluar ambil tuala, tengok phone mana tau ada text macam ni " hey pagi!" tapi takde,pasrah dan  masuk bilik air kembali.


5 rutin harian mesti buat.
  * menunggang motor champion punya kriss untuk ke sana-sini.
  *minum air putih banyak-banyak. jangan ada perkataan dahaga!
  *sedaya upaya cuba penuhkan yg Lima Waktu tu. lopong sana-sini juga lagi. adehh!
  *cuba cari kawan-kawan, walaupun sebenarnya susah nak cari masa,bila kerja! tak macam dulu.ugh.
  * sakit otak berfikir tentang macam-macam benda. macam mana nak stop? arghh!


5 lagu wajib bila mp3 terpasang.
  * Rise Againts - Prayer Of The Refugee
  * Efek Rumah Kaca - Kamar Gelap.
  * Hatebreed -  Give Wings To My Triumph
  * Restraint - Stand Strong.
  * Sil Khannaz - Berdiri Di Antara Panji - Panji.


5 blog bila klik mozilla firefox.
  * Tukar Tiub
  * Teh Tarik Gelas Besar
  * My Reds
  * Ulu Tiram Straight Edge
  * Stiffler Serius
       ok pasal blog ni tipu. banyak lagi sebenarnya.


5 perkara paling dikehendaki.
  * lesen kereta D.
  * Dual Purpose motorbike!
  * tiket Hatebreed live di kota singa pada 4 sebelas!
  * kerja baru dengan gaji lebih dari sekarang! (ya, aku hamba duit)
  * teman rapat, boleh berbicara, bergaduh, menangis bersama. lalala.

p/s : dah! cukup-cukup. aku pulak rasa jelik nak tulis lagi. hahaha

7 ulasan:

  1. kurang dari 6...4 boleh, 3 pon boleh..2, 1, O pon kurang dari 6 kan??? hehe...
    hii..nice blog..keep wrting bro!

    BalasPadam
  2. banyak sangat yang dimahukan, cari satu-satu syafiq

    BalasPadam
  3. wah lima lagu wajib kau memang aku tak pernah dengar.
    nak try search sekarang!

    ^^

    BalasPadam
  4. The Rocket Summer - Thats So You

    BalasPadam

tumbuk angin!